About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Tuesday 16 July 2013

Soto Medan



Bahan2 Soto Ayam :
Ayam
tauge
suun yg dah dicelur
pergedil kentang
bawang goreng
telur rebus
tahu kering
daun bawang dihiris
limau nipis di hiris ( perah dalam kuah soto semasa nak makan jika suka )

Bahan Bumbu Soto Ayam :
lengkuas di ketuk*
serai diketuk*
bawang putih
bawang merah
kunyit
halia
ketumbar 
kemiri/buah keras
daun limau purut*
daun salam*
gula, garam, penyedap  rasa secukupnya
santan secukupnya





Cara Membuat Soto Ayam :
1. giling halus kesemua bahan kecuali yg  bertanda*

2. Masukkan ayam kedalam kuali bersama bumbu yg dah digiling halus tadi bersama serai, lengkuas, dan daun limau purut . kemudian letak sedikit air lepas tu renihkan ayam tadi hingga keluar jus nya sesuaikan rasanya.

3. bila ayam dah masak, goreng ayam tadi sekejab hingga agak garing kemudian siat2 halus

4. didihkan santan bersama jus ayam tadi sesuaikan rasanya.

5. soto dah sedia untuk dihidang bersama pergedil, suun, tauge, telur rebus dll blh dimakan dengan nasi putih sekali. 

No comments:

Post a Comment